Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Penempatan 100 Pegawai Imigresen baru di Johor untuk tingkatkan operasi pintu masuk negara

Penempatan 100 Pegawai Imigresen baru di Johor untuk tingkatkan operasi pintu masuk negara

Seramai 100 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang baru tamat latihan bakal ditempatkan di Johor, bagi menampung keperluan petugas di dua pintu masuk negara, di negeri berkenaan. Pasukan Quick Response Team (QRT) juga telah ditubuhkan untuk membantu petugas Imegresen sedia ada yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Iskandar Puteri dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.