Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pendidikan | Sabah sokong usaha lahirkan modal insan berdaya saing

Pendidikan | Sabah sokong usaha lahirkan modal insan berdaya saing

Kerajaan Sabah sentiasa memberikan keutamaan terhadap aspek pendidikan bagi melahirkan lebih ramai modal insan berdaya saing dan berketerampilan di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sejajar dengan itu kerajaan negeri akan terus menyokong Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam meningkatkan lagi kecemerlangan dan melonjakkan prestasi pendidikan negeri.