Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pemulihan ringgit bergantung pada keputusan pilihan raya AS

Pemulihan ringgit bergantung pada keputusan pilihan raya AS

Di tengah ketidakpastian global yang semakin meningkat, dolar AS kekal dominan sebagai mata wang selamat. Namun, keputusan pilihan raya AS antara Trump dan Kamala Harris minggu ini dijangka membawa kesan besar kepada ringgit dan ekonomi Malaysia.