Skip to main content

Advertisement

Pemuda Gagasan Rakyat umum penubuhan skuad Gahmuda

Pemuda Gagasan Rakyat umum penubuhan skuad Gahmuda

Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengumumkan penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gahmuda, iaitu sebuah pasukan sukarela yang menjadi platform kepada anak muda bagi menyumbang fikiran sebagai penggerak anak muda di negeri itu.

Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan berkata, pihaknya akan menyasarkan keahlian sebanyak 20,000 orang sehingga hujung tahun ini.