Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pembangunan Hidrogen | Pencapaian Sarawak di Asia Tenggara membanggakan - Taib

Pembangunan Hidrogen | Pencapaian Sarawak di Asia Tenggara membanggakan - Taib

Pembangunan hidrogen akan memberi sumbangan besar kepada kesejahteraan ekonomi Sarawak apabila negeri itu mengurangkan kebergantungan kepada industri tradisional.

Itu tegas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Menurutnya lagi menjelang 2030, Sarawak akan mencipta sumber pendapatan baharu dengan meneroka idea-idea baharu, sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap sumber asli dan bahan api fosil.