Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pembahagian kerusi DUN perlu ikut prinsip ditetapkan - DAP

Pembahagian kerusi DUN perlu ikut prinsip ditetapkan - DAP

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi PRN di enam buah negeri perlu diputuskan mengikut prinsip yang telah disetujui menerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Rundingan akan dilakukan untuk kerusi yang tidak dimenangi sama ada oleh PH atau BN.

Gabungan PH dan BN perlu mencapai kesepakatan dan persefahaman untuk mengelakkan pertindihan kerusi dalam PRN serta ada kerjasama antara satu sama lain dalam PRN nanti.