Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pelupusan Haram | Misteri bau busuk terjawab, JAS temui lombong 'kimia'

Pelupusan Haram | Misteri bau busuk terjawab, JAS temui lombong 'kimia'

Misteri bau kurang menyenangkan yang mengganggu penduduk sekitar Dengkil, Cybersouth dan Presint 5, Putrajaya sejak seminggu lalu akhirnya terjawab.

Ia dengan penemuan lokasi pencemaran bau dipercayai berpunca daripada bahan buangan kimia di lokasi tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk.