Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pasca PRU15 | Terima kunjungan Abang Jo, Muhyiddin yakin kerajaan Persekutuan dibentuk dalam masa terdekat

Pasca PRU15 | Terima kunjungan Abang Jo, Muhyiddin yakin kerajaan Persekutuan dibentuk dalam masa terdekat

Perikatan Nasional (PN) hari ini menerima kunjungan daripada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Persekutuan dijangka dapat dibentuk dalam masa terdekat susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung semalam.

Selain Premier Sarawak, turut hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.