Sebanyak 23 kenderaan yang dipandu warga asing disita dalam Operasi PEWA yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Imegresen Malaysia pada Khamis membabitkan pelbagai jenis kesalahan.
Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasanya Raja Nur Shuhaida Raja Azmi, sebanyak 79 notis saman telah dikeluarkan oleh pihak JPJ dalam operasi tersebut yang bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.