Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO negeri Perak yang berlangsung di Bangunan UMNO di Ipoh malam ini. Difahamkan mesyuarat yang bermula jam 9 malam itu dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad. Bagi mendapatkan perinciannya kita bersama wartawan Astro AWANI Harits Asyraf Hasnan yang berada di lokasi.