Skip to main content

Advertisement

Menjelang PRU15 | MIC mahu diberi kerusi boleh menang

Menjelang PRU15 | MIC mahu diberi kerusi boleh menang

MIC berharap agar pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dapat memberikan kerusi yang boleh dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran, berkata mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang munasabah, perlu diberikan kepada parti itu untuk ditandingi serta dimenangi agar ada wakil daripada kaum India membawa masalah mereka ke peringkat lebih tinggi.