Skip to main content

Advertisement

Menjelang Gawai 2022 | Inovasi kepelbagaian perisa tuak

Menjelang Gawai 2022 | Inovasi kepelbagaian perisa tuak

Tuak merupakan minuman tradisi yang sinonim dengan masyarakat Dayak di Sarawak terutamanya semasa sambutan Hari Gawai.

Seiring peredaran zaman, tuak terus diinovasi dengan mempelbagaikan perisa minuman itu mengikut citarasa masyarakat.

Bagi Pengasas Tuak Bad Cat Borneo, Maynard Keyne Langet, kepelbagaian perisa ini bagaimanapun tidak sesekali menjejaskan permintaan terhadap tuak asli yang diperbuat daripada beras pulut putih.