Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Menjelang Aidilfitri | Keprihatinan NGO umpama beri sinar syawal

Menjelang Aidilfitri | Keprihatinan NGO umpama beri sinar syawal

Setiap kali menjelang Aidilfitri, Rosli Hussein hanya mampu memendam kerinduan terhadap kedua orang tua.

Dalam sebak dan ketika semakin menginjak usia, hatinya semakin sayu apabila melihat insan lain mampu meraikan lebaran dengan insan tercinta.

Namun tahun ini, nasib penghidap penyakit kronik, 55 tahun, itu yang tinggal di Solok Tanah Wakaf di Pulau Gadong, Melaka sejak hampir 30 tahun lalu mungkin berubah dan lebih bermakna.