Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

MEASAT-3d | Perdana Menteri saksi pelancaran satelit

MEASAT-3d | Perdana Menteri saksi pelancaran satelit

Biarpun tidak berada di Kouru, French Guaina, Amerika Selatan, orang ramai yang hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara tetap teruja untuk menyaksikan pelancaran satelit MEASAT-3d awal pagi ini.

Seawal 3 pagi, kira-kira 600 jemputan terdiri daripada menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan, penjawat awam, pelajar dan media memenuhi Dewan Merdeka, aras 4, WTC bagi melihat sendiri pelancaran satelit MEASAT-3d secara langsung dari tapak pelancar Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana.