Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Mayat Rentung | Bedah siasat mangsa lelaki selesai, mangsa wanita esok

Mayat Rentung | Bedah siasat mangsa lelaki selesai, mangsa wanita esok

Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui mati rentung di dalam pondok pengawal di Taman Bayam Indah, Kulim mendapati mangsa yang berusia 40-an itu lemas akibat terhidu asap.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, laporan bedah siasat diperolehi daripada doktor pakar di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah lewat petang Isnin.