Polis Shah Alam mengesahkan penemuan dua mayat (lelaki dan wanita) dalam sebuah rumah di U13 Setia Alam. Kedua-duanya dipercayai meninggal dunia lebih seminggu sebelum ditemui. Pemeriksaan forensik mendapati rumah teratur, pintu tidak berkunci, dan tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai SDR. Orang awam diminta menghubungi Insp Izzman Mohd Idrus (013-400 3355) jika mempunyai maklumat.