Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Mati Dalam Alphard | Polis kenal pasti identiti dua remaja

Mati Dalam Alphard | Polis kenal pasti identiti dua remaja

Polis mengenal pasti identiti dua mayat yang ditemukan di dalam sebuah kenderaan Toyota Alphard di ruang parkir sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul, masing-masing berusia 19 tahun.