Skip to main content

Advertisement

Malaysia Book of Records | Jalur Gemilang terpanjang di Sky Bridge

Malaysia Book of Records | Jalur Gemilang terpanjang di Sky Bridge

Syarikat hartanah terkemuka, Datumcorp International Sdn Bhd (DCI) tersenarai dalam Malaysia Book of Records selepas diiktiraf memaparkan Jalur Gemilang terpanjang dekat Sky Bridge di Residensi Datum Jelatek.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azmil Abd Shukor berkata idea itu tercetus sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sekali gus menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.