MAIWP | Agih RM51,000 manfaat Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi pusat wakaf MAIWP dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) hari ini mengagihkan 51 ribu ringgit bantuan pendidikan manfaat Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy (ADD) secara one-off kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Wilayah Persekutuan.
Bantuan itu melibatkan seramai 100 pelajar asnaf, fakir, miskin dan B40 akan menerima rm300 sehingga RM1,000 mengikut peringkat pengajian mereka.