Skip to main content

Advertisement

Mahkamah | Penganggur didakwa empat pertuduhan edar 43.17kg dadah

Mahkamah | Penganggur didakwa empat pertuduhan edar 43.17kg dadah

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang, pada Selasa, atas empat pertuduhan mengedar 43.17 kilogram dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai 2.16 juta ringgit, di daerah Kluang, pada dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh, Ng. Kah Jun hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin dihadapan Hakim, Mujib Saroji.