Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

MA63 | Sebarang pembaharuan tidak boleh dilakukan – Hasidah

MA63 | Sebarang pembaharuan tidak boleh dilakukan – Hasidah

Tuntutan kerajaan Sarawak melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak melebihi atau kurang dari apa yang terkandung di dalam perjanjian tersebut.

Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63, dan hubungan negeri-persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata apa yang diperjuangkan Sarawak adalah perkara yang jelas termaktub di dalam MA63, dan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Tegasnya, pembaharuan kandungan atau mewujudkan MA63 yang baharu tidak boleh dilakukan sama sekali.