Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Literasi Politik Belia | Pilih ketua pengawas sekolah melalui demokrasi

Literasi Politik Belia | Pilih ketua pengawas sekolah melalui demokrasi

Infrastruktur literasi politik perlu diperkasakan dalam kalangan anak muda bagi memastikan golongan tersebut meminati, memahami dan melaksanakan proses demokrasi dengan lebih baik.

Menurut Pensyarah Pembangunan Belia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Mursyid Arshad, literasi politik sewajarnya mula dipupuk pada peringkat sekolah bagi memastikan pembinaan pemimpin muda yang berkualiti dalam negara.