Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Lindungi Hidupan Liar | Laluan di bawah Lebuhraya CSR bakal ditutup

Lindungi Hidupan Liar | Laluan di bawah Lebuhraya CSR bakal ditutup

Jalan di bawah Lebuhraya Central Spine Road (CSR) Sungai Yu, Merapoh di Lipis, Pahang yang menjadi laluan kepada hidupan liar akan ditutup sepenuhnya.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata laluan sepanjang lima kilometer di laluan FT08 itu akan ditutup sebagai tujuan konservasi hidupan liar di Koridor Central Forest Spine (CFS) yang menjadi tumpuan pemburu haram.