Skip to main content

Teknologi

Meta uji pelan langganan WhatsApp dalam kalangan pengguna Malaysia

Sumber: AMANZ
Menerusi percubaan itu, pelan dikenali sebagai WhatsApp Plus ditawarkan pada harga RM3.50 sebulan dengan beberapa ciri tambahan. -Foto Amanz

META Platforms Inc dilapor menjalankan percubaan pelan langganan bulanan untuk WhatsApp dalam kalangan sebahagian pengguna di Malaysia.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha syarikat tersebut meneroka sumber pendapatan baharu, susulan pengenalan model langganan bagi Facebook dan Instagram sebelum ini, lapor Amanz.

Menerusi percubaan itu, pelan dikenali sebagai WhatsApp Plus ditawarkan pada harga RM3.50 sebulan dengan beberapa ciri tambahan.

Antara fungsi premium termasuk akses kepada pelekat beranimasi, keupayaan mengubah ikon aplikasi serta pilihan untuk pin lebih banyak sembang pada skrin utama.

Pengguna juga ditawarkan nada dering eksklusif serta ciri tambahan untuk mengurus susunan sembang peribadi.

Setakat ini, sebahagian pengguna tempatan dilaporkan telah menerima paparan tawaran tersebut dalam aplikasi masing-masing.

Mereka turut diberi akses percubaan percuma selama sebulan sebelum langganan berbayar dikenakan.

Must Watch Video

Advertisement