Lima ciri jadi fokus elak kecenderungan remaja bunuh diri
Lima ciri menjadi fokus bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR), bertujuan mengelak berlakunya gangguan mental di kalangan kanak-kanak.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata lima ciri itu adalah berdaya huni, senang dihubungi, mampan, kualiti dan komuniti bagus.
Beliau memberi reaksi selepas ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak dan remaja mendiami PPR di Lembah Klang, mengalami masalah mental dan cenderung untuk membunuh diri.