Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Lawatan PM ke AS | Semua negara anggota ASEAN perlu terlibat IPEF

Lawatan PM ke AS | Semua negara anggota ASEAN perlu terlibat IPEF

Dalam pertemuan berasingan, Perdana Menteri turut mengadakan perbincangan mengenai penglibatan negara asean dalam Inisiatif Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang diterajui Amerika Syarikat.

Pada ketika ini jelasnya, beberapa negara daripada kumpulan berkenaan tidak terlibat dalam inisiatif perdagangan dan eknomi utama untuk rantau Indo-Pasifik.

Perbincangan berkenaan berlangsung bersama timbalan penolong kepada Presiden Amerika dan penyelaras Hal Ehwal Indo-Pasifik di Majlis Keselamatan Negara, Dr Kurt M. Campbell.