Skip to main content

Advertisement

Lata Hammer | Mangsa lemas kedua ditemui

Lata Hammer | Mangsa lemas kedua ditemui

Lelaki yang didakwa hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer, Bentong pada Ahad lepas, ditemukan lemas hari ini. 

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor dijumpai pada 10 pagi tadi.