Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Krisis Burkina Faso | Pemimpin baharu gesa rusuhan di Kedutaan Perancis dihentikan

Krisis Burkina Faso | Pemimpin baharu gesa rusuhan di Kedutaan Perancis dihentikan

Pemimpin rampasan kuasa tentera pada Jumaat di Burkina Faso, Kapten Ibrahim Traore, dinamakan sebagai pemerintah baharu negara itu pada Ahad dalam satu pengumuman yang dibuat di televisyen tempatan.

Kepimpinan junta baharu Burkina Faso itu menggesa agar rusuhan dihentikan, sehari selepas penunjuk perasaan menyerang Kedutaan Perancis dan bangunan lain berikutan rampasan kuasa kedua negara Afrika Barat itu untuk tahun ini.