Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

KKM masih tunggu dokumen berhubung vaksin Pfizer Inc

KKM masih tunggu dokumen berhubung vaksin Pfizer Inc

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) masih belum menerima sebarang dokumen daripada Pfizer Inc untuk penilaian pendaftaran dan pengujian produk vaksin COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan isu masalah pembekalan dos vaksin tersebut sebagaimana yang dilaporkan.