Bulan silih berganti musim tengkujuh hampir tiba lagi ,namun rumah yang dinanti masih tidak kelihatan lagi.
Beginilah nasib seorang warga emas di Kampung Belukar Bukit, Hulu Terengganu selepas kediamannya musnah 'ditelan' lumpur akibat aliran puing dalam bencana banjir yang melanda akhir Februari lalu.