Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas

Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas

Polis Kajang menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 52 tahun selepas memukul dan mengugut seorang pesara 69 tahun di Pekan Suntex, Batu 9 Cheras. Kejadian berpunca daripada kemalangan kecil. Suspek direman dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Sjn Ganesan a/l Ramachandran di 012‑608 9180.