Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Ketua WHO umum vaksinasi polio di utara Gaza disambung semula

Ketua WHO umum vaksinasi polio di utara Gaza disambung semula

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan pada Jumaat bahawa program vaksinasi polio yang tertangguh di utara Gaza selepas Israel melancarkan operasi ketenteraan awal Oktober, akan disambung semula pada Sabtu.

Katanya, fasa ketiga (zon terakhir kempen dos kedua) program vaksinasi polio dijangka bermula di bahagian utara Semenanjung Gaza, selepas ia ditangguhkan minggu lepas disebabkan pengeboman yang digiatkan, arahan pemindahan besar-besaran, dan kekurangan akses serta jaminan jeda kemanusiaan.