Skip to main content

Advertisement

Keselamatan | Saran wajibkan penggunaan dashcam

Keselamatan | Saran wajibkan penggunaan dashcam

Pengunaan kamera papan pemuka atau dashcam pada kenderaan persendirian seharusnya diwajibkan sebagai sebahagiaan daripada langkah berhati-hati terutama ketika di atas jalan raya.

Menurut Penganalisis Jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim kegunaan dashcam masa kini sangat penting kerana sekiranya terjadi kemalangan atau berhadapan dengan samseng jalan raya, rakaman videonya dapat dijadikan bahan bukti.