Dalam sesi analisis bersama Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, seorang penganalisis ekonomi terkemuka, perbincangan tertumpu kepada kesan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia kepada 2.75% sebagai langkah pra-emptif menghadapi ketidaktentuan global termasuk tarif 25% oleh Amerika Syarikat ke atas barangan Malaysia, potensi tekanan inflasi walaupun kadar semasa kekal sederhana, keberkesanan pelonggaran monetari termasuk penurunan nisbah rizab berkanun dalam merangsang pelaburan dan penggunaan domestik, serta strategi jangka sederhana yang perlu diberi tumpuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi mampan di tengah risiko luaran dan kelemahan sentimen pasaran, selain kriteria utama yang perlu dipertimbangkan sebelum sebarang pelonggaran dasar monetari tambahan dilakukan.