Mahkamah Persekutuan diberitahu cubaan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu berhubung kes SRC International hanyalah berlandaskan keterangan ‘khabar angin’ (hearsay).
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram ketika memberi hujah balas berkata, mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan, kerana afidavit tambahan bekas Perdana Menteri itu, berpandukan keterangan pihak ketiga.