Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kes Rogol | Pemain Kelantan United direhatkan

Kes Rogol | Pemain Kelantan United direhatkan

Seorang pemain bola sepak liga tempatan yang terpalit dengan kes rogol seorang gadis pada Mei lalu direhatkan daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier.

Ketua Pegawai Operasi Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, keputusan merehatkan pemain berusia 28 tahun terbabit berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh dimaklumkan kelak.