Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kes Rasuah | Kes Bung Moktar, Zizie ditetapkan untuk sebutan 27 Mac

Kes Rasuah | Kes Bung Moktar, Zizie ditetapkan untuk sebutan 27 Mac

Prosiding membela diri ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk sebutan pada 27 Mac ini susulan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Pasangan itu menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-duanya membela diri atas tiga pertuduhan tersebut.