Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kes Basikal Lajak | Rayuan pemandu wanita didengar Isnin ini

Kes Basikal Lajak | Rayuan pemandu wanita didengar Isnin ini

Rayuan pemandu wanita terhadap hukuman penjara enam tahun, denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu, akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya, Isnin ini.

Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27 tahun, akan didengar di hadapan panel hakim Mahkamah Rayuan 3, pada 9 pagi.