Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Hujahan gali semula kubur Syamsul Haris Isnin ini

Hujahan gali semula kubur Syamsul Haris Isnin ini

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan Isnin hadapan bagi pendengaran hujahan notis permohonan menggali semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UTM, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22. Permohonan itu difailkan ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian. Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan tarikh berkenaan selepas responden iaitu Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara memohon tempoh untuk mengemukakan affidavit balasan.