Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kes 1MDB | Zeti akan dipanggil sebagai saksi

Kes 1MDB | Zeti akan dipanggil sebagai saksi

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu memanggil Zeti untuk memberi keterangan timbul selepas peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertanyakan satu soalan kepada saksi ke-39 pendakwaan, bekas Pengarah Bukan Eksekutif Ambank Cheah Tek Kuang.