Skip to main content

Advertisement

BNM cadangkan tiga pegawai tertinggi 1MDB didakwa - Zeti

BNM cadangkan tiga pegawai tertinggi 1MDB didakwa - Zeti

Buat pertama kalinya, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa bank pusat itu telah mengesyorkan tiga pegawai tertinggi 1MDB didakwa berhubung skandal yang menyelubungi syarikat itu.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ketika itu Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee.