Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kerajaan perketat kawalan tangani akaun TNB palsu

Kerajaan perketat kawalan tangani akaun TNB palsu

Kerajaan, melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), mempergiat usaha membendung kegiatan pemalsuan akaun TNB yang dikesan semakin kompleks, termasuk penggunaan identiti tiruan, dokumen sewaan palsu dan akaun keldai bagi melakukan kecurian elektrik.