Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kerajaan akan pastikan hutang negara terkawal, terurus

Kerajaan akan pastikan hutang negara terkawal, terurus

Kerajaan akan memastikan beberapa langkah kawalan dalam usaha menyelesaikan peningkatan paras hutang dipatuhi supaya ia terkawal dan terurus, kata Kementerian Kewangan. Kementerian itu berkata sehingga akhir 2022, hutang kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.0796 trilion atau 60.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang mana daripada jumlah itu, hutang dalam negeri adalah sebanyak RM1.0501 trilion manakala pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.5 bilion.