Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kejayaan India dalam liputan digital harus dicontohi ASEAN, Malaysia - Anwar

Kejayaan India dalam liputan digital harus dicontohi ASEAN, Malaysia - Anwar

Kejayaan India yang dianggap ‘menakjubkan’ dalam menyediakan liputan digital di kawasan pendalaman negara itu, harus dicontohi dan dipelajari negara ASEAN, khususnya Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pencelahan sempena Persidangan Kemuncak ASEAN-India ke-20 pada Khamis berkata, beliau berpandangan India perlu memainkan peranan untuk meningkatkan liputan digital di rantau ini.