Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kedah lulus permit teroka mineral

Kedah lulus permit teroka mineral

Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penerokaan mineral baharu bernilai kira-kira RM60 bilion.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mineral daripada jenis unsur nadi bumi bukan radioaktif (nr-ree) tersebut dijangka mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada hasil negeri sekali gus boleh digunakan untuk pembangunan serta kesejahteraan rakyat.