Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berharap agar rakyat di negeri itu tidak membiarkan pentadbiran kerajaan negeri jatuh ke tangan 'orang gila' selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Ogos depan.
Menurut beliau, kerajaan pimpinannya telah mengatur pelbagai perancangan termasuk projek-projek berimpak tinggi kepada rakyat Kedah dengan matlamat negeri itu menjadi tempat untuk orang miskin berteduh dan tempat untuk orang kaya menabur bakti.