Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan beberapa kawasan di Kedah terus berdepan cuaca panas Tahap 1 (fasa berjaga-jaga) hari ini. Tujuh daerah di Kedah terlibat iaitu Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Baling, dan Kota Setar, susulan suhu maksimum mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut. MetMalaysia turut meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak, dan orang ramai dinasihatkan kekal berwaspada berikutan cuaca tidak menentu.