Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

KDNK | Kenanga Research semak naik unjuran kepada 4.7 peratus

KDNK | Kenanga Research semak naik unjuran kepada 4.7 peratus

Kenanga Research menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini kepada 4.7 peratus daripada 4.3 peratus, disokong oleh beberapa faktor termasuk unjuran permintaan domestik yang kekal berdaya tahan.

Faktor lain termasuk langkah pengembangan fiskal, kesan normalisasi pasca-COVID-19, tindakan China membuka semula ekonominya serta prospek kelembapan ekonomi global yang diunjur tidak seburuk dijangkakan.