Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

KBS terbuka libatkan semua pihak dalam libat urus MBPB2030

KBS terbuka libatkan semua pihak dalam libat urus MBPB2030

Kementerian Belia dan Sukan sedia menerima libat urus semua pihak termasuk sayap-sayap pemuda mana-mana parti politik dalam pembangunan Model Baharu Pembangunan Belia 2030 (MBPB2030) yang akan dilancarkan tahun ini.

Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata, kementeriannya sentiasa bersikap terbuka dalam aspek pembangunan orang muda, asalkan ia tidak menjadikan medium berkenaan sebagai medan propaganda politik.