Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kartel Ayam | Mycc bentang hasil siasatan Isnin depan

Kartel Ayam | Mycc bentang hasil siasatan Isnin depan

Pasukan khas yang ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat dakwaan perlakuan antipersaingan dalam industri ayam negara akan membentangkan hasil siasatan pada Isnin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pasukan khas berkenaan akan mengemukakan dapatan mereka kepada anggota-anggota suruhanjaya itu yang mempunyai kuasa memutuskan sama ada terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.